Monday, May 4, 2009

Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM)

Pengenalan

Program Bimbingan Usahawan Muda(PBUM)adalah salah satu Program Belia Niaga khusus untuk belia yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan. Belia yang berhasrat untuk memulakan perniagaan akan diberi bantuan insentif tidak melebihi RM 2,000 seorang.

Kelayakan dan Syarat-Syarat

i) Warganegara Malaysia
ii) Berumur antara 18 hingga 40 tahun
iii) Keutamaan kepada ahli persatuan belia
iv) Untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan
v) Mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan yang diceburi

Proses Permohonan

i) Mengisi borang KBS/PPM 001-2006 pindaan 1/2008
ii) PBSD membuat melawat/ulasan
iii) Borang yang lengkap perlu dihantar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri
iv) Pegawai ekonomi membuat ulasan
v) Mesyuarat Jawatankuasa Program Bimbingan Usahawan Muda
vi) Jawatankuasa Program Bimbingan Usahawan Muda adalah terdiri daripada :-
- Pengarah Negeri / wakil
- Pengarah (PE) / Wakil
- Penolong Pengarah Negeri Bahagian Belia
- Setiausaha (Pegawai Ekonomi Negeri)
- Ketua Kerani / Wakil

Friday, April 10, 2009

GB4B Kulim/Bandar Baharu yakin kemampuan Datuk Ahmad Shabery Cheek

Gerakan Belia 4B Kawasan Kulim/Bandar Baharu (GB4B KBB)mengucapkan tahniah kepada YAB Datuk Sri Najib Tun Abd Razak di atas kejayaan membentuk kabinet baharu setelah beliau ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6.Ucapan tahniah juga daripada GB4B KBB di atas perlantikan Datuk Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Belia Dan Sukan pihak kami yakin dengan kemampuan Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk meneraju Kementerian Belia Dan Sukan.GB4B KBB mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada mantan Menteri Belia Dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob di atas kejayaan beliau memimpin dan menerajui Kementerian Belia Dan Sukan selama ini..

Sunday, March 29, 2009

Program Jati Diri Bangsa

Gerakan Belia 4B Kawasan Kulim/Bandar Baharu akan menganjurkan Program Jati Diri Bangsa yang akan diadakan di Kem Biro Tata Negara Balik Pulau,Pulau Pinang pada 1hbMei 2009-4hbMei 2009.Program ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah di bawah Pakej Ransangan Ekonomi.

Dengan adanya program boleh memberi kesedaran dan ilmu pendidikan luar yang akan diketengahkan yang mampu minat remaja-remaja untuk melakukan aktiviti masa lapang ini.Dengan pendidikan ini ia akan dapat membantu membangunkan kerohanian diri sambil mempromosikan aktiviti ini kepada rakan-rakan mereka supaya lebih diminati oleh ramai lagi belia dan dapat melatih sebagai pengiat dan pemimpin

Untuk membangunkan diri remaja dan belia aktiviti jati diri seperti ini mampu memberi semangat yang ketal bagi menepis segala gejala negatif yang selalu mempengaruh minda belia untuk melakukan kerja-kerja maksiat

Di dalam perkhemahan aspek-aspek displin dan keselamatan perlu diutamakan di dalam menjaga akan keselamatan peserta dan juga persekitaran perkhemahan yang boleh mendidik peserta untuk lebih berdisplin dan beretika.

Bagi menjamin akan keselamatan peserta dan juga aktivi perkhemahan ini satu kod etika atau peraturan perkhemahan akan dilaksanakna agar ianya dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan

Dengan itu program patriotisme ini ia merupakan satu cara untuk memberikan kesedaran dan semangat cintakan negara agar dapat membimbing belia.

Sekiranya cawangan-cawangan yang berdaftar dibawah Gerakan Belia 4B Kawasan Kulim/Bandar Baharu berminat untuk menyertai program ini anda boleh menghubungi ahlijawatankuasa kawasan.Tempat terhad 80 orang sahaja..

Saturday, March 28, 2009

Mesyuarat Agong Pertama GB4B KBB


KULIM -Gerakan Belia 4B Kulim Bandar Baru, (GB4B) menganjurkan satu mesyuarat agung tahunannya yang pertama dan taklimat mengenai pakej rangsangan ekonomi kepada ahlinya di sini.

Mesyuarat berkenaan adalah mesyuarat gerakan belia yang pertama kalinya dianjurkan bagi daerah ini selepas didaftar di bawah pertubuhan persatuan.

Pengerusinya, Mohd Norzahari Zakaria berkata, dengan status baru sebagai persatuan untuk golongan belia di daerah ini GB4B KBB berhasrat merealisasikan harapan kerajaan agar belia di kawasan ini dapat dibimbing dan diasuh menjadi pemimpin untuk masa hadapan.

Menurutnya, dengan program yang dirangka dan bakal dijalankan sepanjang tahun ini diharap akan lahir golongan belia yang cemerlang dan berdaya saing.

“Hari ini kita ada lebih 30 perwakilan yang merupakan pengerusi dan jawatankuasa persatuan GB4B dari seluruh Kulim dan Bandar Baru hadir mewakili ahli mereka.

“Perbincangan utama mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan program yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini, antaranya program Perkhemahan Jati Diri Bangsa dan Program Kesukanan Antara Persatuan ,”katanya.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bandar Baharu, Fariza Ghazali.

Norzahari berkata, selain berbincang mengenai pergerakan belia ini sepanjang tahun ini, taklimat mengenai pakej rangsangan ekonomi turut diberikan.

Katanya, penerangan dan maklumat mengenai pakej itu perlu disampaikan kepada wakil belia memandangkan secara kasarnya, kebanyakan peruntukan disalurkan untuk golongan belia.

“Setiap wakil kawasan perlu diberi maklumat mengenai pakej rangsangan ekonomi terutamanya yang melibatkan golongan belia.

“Jadi sebagai wakil mereka perlu ada maklumat mengenai program untuk golongan belia di bawah pakej ini kerana masih ramai yang tidak memahami mengenainya,“ katanya.


Artikel Sinar Harian 28hb March 2009

Wednesday, February 11, 2009

800 belia Kedah sertai jati diri kesukarelaan






KULIM- Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Kedah membelanjakan sebanyak RM490,000 daripada peruntukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menganjurkan Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional (PJKN) terulung di negeri tersebut baru-baru ini.

Timbalan Pengarah JBS, Fadzil Yahaya berkata, seramai 800 belia dari seluruh negeri terpilih mengikuti lima siri program tersebut yang dianjurkan beberapa pertubuhan belia.

Katanya, KBS telah memberi kepercayaan penuh kepada pertubuhan terbabit setelah yakin dengan tahap integriti dan pengurusan profesional organisasi berkenaan.

"Antara pertubuhan yang diberikan kebenaran menganjurkan PJKN ialah Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK), Persatuan Belia 4B Kampung Bayas, Langkawi dan Persatuan Belia Sungai Tiang, Pendang.

"Kesemua badan berkenaan menganjurkan PJKN dengan cemerlang dan mematuhi kehendak KBS," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program anak angkat PJKN di Desa Keda Nagalilit, dekat sini baru-baru ini.

Seramai 140 peserta PJKN di bawah kelolaan MBNK dipilih menjayakan program tersebut bersama 72 keluarga angkat masing-masing di kampung berkenaan.

Menurut Fadzil, PJKN merupakan program alternatif yang diwujudkan khas oleh KBS dalam usaha memberi peluang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak terpilih mengikut Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

"Matlamat utama PJKN adalah menyediakan golongan belia berperibadi unggul, berkemahiran dan mampu memimpin diri ke arah menjadi warganegara cemerlang dalam kerjaya," katanya.

Tambah beliau, PJKN menyediakan lima modul teras iaitu pembinaan jati diri, pembinaan kepimpinan, pembinaan kesukarelaan, pembinaan pembinaan pendidikan dan kemahiran, kerjaya dan keusahawanan.

Dalam pada itu, Pengarah Projek PJKN-MBKN, Ku Mohd. Rashidi Ku Mat Esa berkata, pertubuhan tersebut berbangga kerana dapat memberi sumbangan terhadap usaha mengukuhkan lagi integrasi nasional kerana peserta PJKN terdiri daripada pelbagai kaum.

"Kita berjanji terus memberikan kerjasama dan komitmen penuh kepada KBS menjayakan pelbagai program untuk manfaat golongan belia pada masa akan datang," katanya.